Di bawah adalah terma perkhidmatan penggunaan sistem eMAKLUM serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan sistem ini. Sekiranya anda mengakses sistem ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada terma perkhidmatan ini yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) jika berkaitan, dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, JANM sebagai penyedia perkhidmatan sistem ini bagi akses dan/atau penggunaan sistem ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan terma-terma perkhidmatan ini.
  • 1

    Had Tanggungjawab

    Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa JANM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau 'exemplary', termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
    1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
    2. Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada sistem ini;
    3. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
    4. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di sistem ini; atau
    5. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan sistem ini.
  • 2

    Pautan

    JANM boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, JANM tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa JANM tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa JANM tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman
  • 3

    Penamatan

    JANM boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. JANM boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan sistem menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa JANM tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
  • 4

    Perubahan kepada Terma-terma Perkhidmatan

    JANM mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada terma-terma ini pada bila-bila masa sama ada dengan atau tanpa memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan sistem atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana JANM mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah terma-terma ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti terma-terma ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan terma-terma (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada terma-terma ini.
  • 5

    Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

    JANM mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa JANM tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.
  • 6

    Umum

    Terma-terma ini hendaklah dibaca bersama dengan Dasar Privasi, Dasar Keselamatan dan lain-lain syarat sama ada secara khusus atau standard. Sekiranya ada antara Dasar Privasi, Dasar Keselamatan dan lain-lain syarat sama ada secara khusus atau standard yang tidak konsisten atau percanggahan di antara terma-terma ini, anda bersetuju bahawa JANM berkuasa menerimapakai terma-terma sama ada secara khusus atau standard mengikut kehendak JANM. Sekiranya mana-mana peruntukan terma-terma ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan terma-terma ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan terma-terma ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.