Sistem yang menghantar notifikasi status invois dan bayaran kepada penerima bayaran iaitu kategori pembekal dan individu (termasuk penjawat awam).

Semua individu dan pembekal yang berurusan dengan Kerajaan (meliputi skop BEKALAN, PERKHIDMATAN dan KERJA). 

eMAKLUM tidak memerlukan sebarang pendaftaran sama ada dari pembekal atau individu.

Sila masukkan Nombor.Kad Pengenalan (individu)/ Nombor Pendaftaran Syarikat (pembekal) di medan pertama, dan masukkan Nombor Akaun atau Nombor Invois atau Nombor Rujukan Bayaran di medan kedua.

Nota : Penggunaan Nombor invois hanya terpakai kepada pembekal sahaja untuk tujuan semakan/carian selain  bayaran melalui Electronci Fund Transfer (EFT) iaitu bayaran melalui cek/draf bank/pindahan wang (Telegraphic Transfer).

Terdapat 5 jenis notifikasi bayaran iaitu:

  • Dihantar ke bank = maklumat bayaran EFT telah dihantar ke bank;
  • Diterima oleh bank = maklumat bayaran EFT telah berjaya diterima oleh pihak bank dan proses bayaran mengambil masa selewat-lewatnya 3 hari waktu bekerja.;
  • Gagal Diproses bank = maklumat bayaran EFT gagal diproses oleh bank; dan
  • Dikeluarkan =status bayaran bagi non-EFT iaitu cek/draf bank/pindahan wang (Telegraphic Transfer). 
  • Dibatalkan = maklumat invois telah dibatalkan                                                                                                
     Walau bagaimanapun, penerima tidak semestinya menerima kelima-lima jenis notifikasi tersebut kerana bergantung kepada pemprosesan dan maklumat bayaran penerima.

Notifikasi status invois dan bayaran kepada penerima bayaran akan dihantar kepada emel penerima seperti yang terkandung di dalam maklumat invois. Bagi pembekal atau individu yang hanya mempunyai nombor telefon bimbit, notifikasi akan dihantar melalui sms ke nombor tersebut. 

Rekod pembayaran mengambil masa dalam tempoh empat (4) hari dari tarikh terima dokumen lengkap sebelum status bayaran dipaparkan di sistem eMAKLUM.

Fungsi pop-up di browser (Chrome/Internet Explorer/Firefox) telah dimatikan (blocked). Pengguna perlu membenarkan fungsi pop-up (sila rujuk Settings di browser masing-masing) bagi mencetak maklumat bayaran tersebut.

Sila kemukakan nama syarikat, no pendaftaran syarikat, alamat, no telefon dan nama pusat pembayar atau nama Kementerian atau Jabatan yang anda berurusniaga, seterusnya keterangan aduan.

Mulai 30 Julai 2021, Sistem eMaklum hanya menyimpan maklumat notifikasi pembayaran bagi tempoh 18 bulan terkini sahaja. Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem. 

Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan.