Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain
  • 1

    Dasar Privasi

    Aplikasi JANM yang merangkumi Portal Sistem eMaklum dan Aplikasi Mudah Alih eMaklum JANM (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk semua individu dan pembekal yang berurusan dengan Kerajaan meliputi skop Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh JANM kepada pengguna dengan menggunakan pelbagai jenis peranti termasuk telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
  • 2

    MAKLUMAT PERIBADI

    Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.
  • 3

    MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

    Aplikasi ini tidak mengumpul dan menyimpan data pengguna. Namun begitu, beberapa maklumat digunakan bagi membantu proses carian untuk semakan dan cetakan sahaja. Maklumat yang perlu dikemukakan secara sukarela oleh pengguna adalah seperti berikut :

    1. Nombor Kad Pengenalan

    2. Nombor Daftar Syarikat/ Organisasi

    3. Nombor Akaun Bank

    4. Nombor Invois

    5. Nombor Rujukan Bayaran

    Data peribadi yang dimasukkan pengguna tidak akan disimpan atau digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.
  • 4

    KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN

    Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak lengkap, maka hasil carian maklumat bayaran atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin tidak berjaya.
  • 5

    KERAHSIAAN

    Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
  • 6

    KESELAMATAN DATA

    Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
  • 7

    PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

    Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila hantar maklum balas anda melalui Menu Maklum Balas di dalam portal/aplikasi ini.